Sukan

Norizam pakai Jersi Kedah, timbul perdebatan

Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman menegaskan jiwanya terhadap pasukan The Red Warriors (TRW) walaupun dilihat memakai jersi Kedah semasa menyerahkan ganjaran kepada pemain import Jack Hindle sehingga menimbul perdebatan hangat dalam penyokong Kelantan FC. Norizam atau Zamsaham berkata, dia memakai jersi itu sebagai tanda terima kasih kepada alumni saham yang telah menghadiahkan pakaian rasmi pasukan dari utara…

Sukan

Penantian Terengganu FC berakhir

Penantian peminat setia pasukan bersaudara, Terengganu FC (TFC) dan Terengganu FC II (TFC II) untuk mendapatkan jersi baharu pasukan kesayangan mereka tertunai selepas Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd melancarkan jersi dua pasukan itu malam tadi. Berkonsepkan warna keramat bendera Terengganu, corak dan reka bentuk jersi skuad berkenaan membabitkan aksi di laman sendiri turut sinonim…

Sukan

80 peratus ke liga M3 bersama KK FC

Selepas mendapatkan pelakon terkenal, Datuk Adi Putra sebagai duta, Kuala Kangsar FC (KK FC) bakal membuat kejutan sekali lagi apabila mengesahkan Mohd. Faiz Subri kini menuju ke kelab Liga M3 tersebut. Pengurus KK FC, Datuk Shaharol Asafali berkata, pemenang Anugerah Puskas 2016 itu sudah 80 peratus bersetuju menyertai pasukannya, dengan segala tuntutan Faiz akan dipenuhi…

Sukan

Fasiliti Sri Pahang mengejutkan Dooley

Ketika Thomas Dooley menerima tawaran sebagai jurulatih Sri Pahang FC, beliau menjangkakan kemudahan latihan pasukannya tidaklah seteruk yang disangkakan. Namun, sebaik sahaja beliau meninjau segala kemudahan latihan di Kuantan, beliau menyifatkan Sri Pahang mempunyai kemudahan yang setaraf dengan kelab Divisyen Ke-8 di Jerman. “Saya datang dan melihat tempat latihan,” katanya kepada NST. “Tidak ada bilik…

Sukan

Farizal cipta sejarah baharu peringkat Asia

Prestasi Farizal Marlias jelas mencvri perhatian Asia selepas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dicalonkan bagi kategori Penjaga Gol Terbaik – Kesebelasan Utama Sepanjang Zaman Piala AFC oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Lebih membanggakan, penjaga gol kebangsaan berusia 34 tahun itu muncul satu-satunya wakil dari Asia Tenggara apabila senarai itu didominasi oleh Pak Arab.…

Sukan

Siapa Raja Lembah Klang sebenar?

Kuala Lumpur United FC (KLUFC) menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ketiga musim lalu untuk melayakkan diri ke Liga Super musim ini. Pertemuan ‘derby’ Lembah Klang dalam perebutan Piala Prihatin di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, itu esok jelas dinantikan peminat bola sepak tanah air untuk mengetahui pasukan mana Raja Lembah Klang sebenar biarpun ia sekadar…

Sukan

Kapten Selangor FC musim 2021

Ketua jurulatih pasukan Selangor, Karsten Neitzel melantik pemain tengah, Brendan Gan sebagai ketua pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Brendan akan mengambil alih tugas yang sebelum ini digalas oleh Taylor Regan. Jurulatih Selangor FC Karsten Neitzel mengesahkan pemain tengah Brendan Gan dilantik…

Sukan

Kelantan United menerapkan DNA Samurai

KETUA jurulatih Kelantan United,­ Akira Higashiyama sedia menerapkan falsafah bola sepak Jepun ke dalam pasukan itu menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Kemasukan tiga pemain import dari Jepun, Masashi Moto­yama, Yuki Tanigawa dan Shuhei Fukai dijangka memudahkan tugas Higashiyama dalam menerap­kan semangat samurai ke dalam pasukan tersebut. Kata Higashiyama, beliau percaya tiga pemain…

Sukan

Bakal Import terbaharu JDT

Salah satu media sukan dari Brazil, Opovo Online mendedahkan striker yang beraksi bersama kelab Brazil, Fortaleza iaitu Bergson Da Silva bakal menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Menurut laporan media tersebut, Fortaleza turut menerima tawaran dari kelab divisyen dua Brazil. Namun mereka lebih berminat dengan tawaran yang diberikan oleh JDT. JDT dilaporkan akan…