23 lagi pemain imp0rt bakal dinilai

Selepas me­ngu­mumkan tiga import yang bakal membawa ca­baran Selangor dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan, skuad Red Giants kini menilai 23 lagi pemain untuk mengisi dua baki kuota import.

Difahamkan antara pemain yang sedang dinilai ketua jurulatih, Karsten Neitzel bersama pengarah teknikal pasukan, Micheal Feichtenbeiner terma­suk dari Jepun, Korea Selatan, Brazil, Jerman, Switzerland dan Afrika.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, buat masa ini pemain yang dinilai adalah untuk mengisi posisi bahagian tengah.

Katanya, Selangor masih memiliki dua kuota untuk dilengkapkan iaitu dari Asia dan terbuka namun akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kekosongan pemain import masih ada dua iaitu dari Asia dan terbuka. Belum diputuskan lagi kerana masih dalam tempoh rundingan dan penilaian.

“Pemain tersebut akan mengisi posisi tengah, lebih kurang 22 atau 23 pemain import yang sedang dinilai oleh barisan kejurulatihan yang diketuai ketua jurulatih (Neit­zel) dan pengarah teknikal (Feichtenbeiner). Kuasa pemilihan diberi sepenuhnya kepada mereka untuk buat keputusan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tiga pemain import yang sah bersama Selangor adalah pemenang Kasut Emas musim 2020, Ifedayo Olesegun (Nigeria), Safuwan Baharudin (Singapura) dan yang terbaharu, Tim Heubach dari Jerman.

Mengulas mengenai status Sandro Da Silva yang dikatakan bakal diturunkan pangkat beraksi bersama skuad Selangor II musim depan, ia masih dalam pro­ses rundingan.

sumber : UM

“Kami masih berbincang mengenai perkara ini dan ia akan diumumkan sebaik sahaja rundingan selesai,” katanya.