90 peratus ubi muda bakal diadun DNA Itali

Kelantan FC dijangka mempertaruhkan 90 peratus pemain baharu yang terdiri daripada ‘ubi muda’ untuk membarisi pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Operasi Team Red Warriors Sdn. Bhd (TRW Sdn. Bhd.), Jamilulail Jamiludin berkata, semua ‘ubi muda’ itu pemain dari skuad Piala Presiden dan Belia yang beraksi bersama Kelantan pada musim 2020.

Katanya, pemain yang terpilih akan diumumkan bersama barisan kejurulatihan pada awal Januari 2021

“Pemain-pemain yang dipilih ini bakal diadun menggunakan DNA ketua jurulatih dari Itali.

“Jurulatih itu akan membentuk semula barisan ‘ubi muda’ untuk diangkat ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman sosial rasmi pasukan hari ini.

Jamilulail memberitahu, sesi pemilihan dilakukan Pengarah Teknikal Kelantan, Nasir Yusoff yang merupakan bekas tonggak kebangsaan dan Johor.

Katanya, sesi pemilihan itu turut dipantau sendiri pemilik Kelantan, Norizam Tukiman.

sumber : UM

“Alhamdulillah, semua selesai dengan baik dan pemilik pasukan, Norizam Tukiman berpuas hati dengan senarai nama yang sudah dimuktamadkan hari ini,” ujarnya.