Ada jurulatih sudah lama tak kerja dekat Eropah, tapi datang sini senang-senang dapat kerja

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan meluahkan kebimbangan dengan nasib jurulatih tempatan untuk mendapatkan tempat dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Ia selepas kebanyakan kelab Liga M ketika ini dilihat lebih cenderung mengambil jurulatih asing untuk membimbing pasukan mereka.

Sathianathan menjelaskan, pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa kerana kelab mempunyai hak untuk melantik siapa sahaja jurulatih yang diinginkan.

Namun, dia berharap jurulatih tempatan terus bersemangat dalam meningkatkan lagi ilmu dan pengetahuan dalam bidang kejurulatih bagi membuktikan bahawa jurulatih tempatan lebih hebat dari jurulatih asing.

“Kita harus sedar ramai lagi jurulatih tempatan yang nak ambil lesen Pro A, belanja besar RM60,000, hingga RM65,000, kalau tak dapat kerja…nak buat apa.

“Satu lagi saya tengok ramai orang (jurulatih) Eropah datang sini sebab negara dia tiada kerja. Kalau dia betul-betul jurulatih yang hebat tak datang sini.

“Bagi saya, memang sedih kalau kita tengok sekarang trend di Malaysia ini. Ada jurulatih sudah lama tak kerja dekat Eropah, tapi datang sini senang-senang dapat kerja…tapi terpulanglah.

“Bukan hanya ambil jurulatih asing, tapi pegawai fisioterapi pun dari luar negara. Saya bimbang, tetapi apa yang kita boleh buat kalau pasukan nak ambil orang luar juga,” katanya kepada BH Sukan.

Sebelum ini, Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak, UiTM FC dan Kedah antara pasukan Liga Super

yang menggunakan khidmat jurulatih dari luar negara.

Malah, beberapa pasukan termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan dilaporkan turut akan mendapat sentuhan jurulatih asing bagi musim depan.

Info – Jurulatih Liga M

Liga Super:

Tempatan – Nafuzi Zain (TFC), Dollah Salleh (Pahang), Zainal Abidin Hassan (Melaka), Nizam Jamil (FELDA United), Ishak Kunju (PDRM)

Luar negara – Benjamin Mora (JDT), Aidil Sharin Sahak (Kedah), Mehmet Durakovic (Perak), Karsten Neitzel (Selangor – baru), Frank Bernhardt (UiTM), Kurniawan Dwi Yulianto (Sabah)

Liga Perdana:

Tempatan – Manzoor Azwira Abd Wahid (Pulau Pinang), E Elavarasan (Sarawak United), Mohd Nazrulerwan Makmor (Kelantan United), Yusri Che Lah (Kelantan), Roshadi Wahab (TFC II), Sazali Saidon (Negeri Sembilan), Sulaiman Hussin (UKM FC), Abu Bakar Fadzim (Perak II)

sumber : BH

Luar Negara – Michael Feichtenbeiner (Selangor 2), Simon Elissetche (Kuala Lumpur – baru), Rafael Gil Sanchez (JDT II), Akira Higashiyama (Kuching FA)