Ada muka baharu akan dipanggil

Pengendali H@rimau Malaya Tan Cheng Hoe masih lagi melakukan eksperimen terhadap barisan pemain skuad kebangsaan apabila akan menyenaraikan beberapa muka baharu pada sesi kedua kem latihan bulan depan.

Hal ini kerana berdasarkan jumlah penerima vaksin di kalangan pemain H@rimau Malaya kira-kira 38 orang sekali gus menyaksikan ada muka baharu dalam radar Cheng Hoe untuk dibawa ke Emeriah Arab Bersatu (UAE) kelak.

Cheng Hoe berkata, tindakannya menyenarai muka baharu adalah berdasarkan terdapat beberapa pemain H@rimau Malaya ketika ini mengalami kec3deraan.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan terpaksa menyenaraikan lebih ramai pemain baharu termasuk meletakkan mereka dalam senarai penerima vaksin bagi memudahkan untuk dibawa ke UAE sekiranya terpilih.

“Kita tahu tonggak pertahanan Perak FC Shahrul Saad cedera termasuk pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC Rizal Ghazali dan Matthiew Davies (Johor Darul Ta’zim). Saya harapkan pemain lain bebas cedera pada masa akan datang.

“Pada masa sama, kita pun ada senarai pemain baharu dan sentiasa pantau kemampuan mereka untuk diserap dalam skuad kebangsaan,” katanya, ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin C0v!d-19 Kementerian Kesihatan Malaysia, Presint Diplomatik, di sini, semalam.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan akan dihimpunkan pada 16 Mei sebelum mengharungi dua aksi pemanas badan berdepan Kuwait dan Bahrain.

Ia sebagai persiapan untuk menghabiskan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai yang menyaksikan skuad kebangsaan akan berdepan UAE terlebih dahulu sebelum menentang pendahulu, Vietnam dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan aksi bertemu Thailand.

sumber : HM

Ketika ini, mereka berada pada kedudukan terbaik untuk mara ke peringkat seterusnya apabila menghimpun sembilan mata untuk berada di tempat kedua di belakang Vietnam (11 mata) sementara Thailand berada di tempat ketiga dengan lapan mata dan UAE (enam mata).