Ahad ini Safawi Masih bersama Skuad (B-23) Portimonense SC

Bintang Malaysia Safawi Rasid sekali lagi akan membarisi skuad bawah 23 tahun (B-23) Portimonense SC sekali gus menyaksikan dia terpaksa menunggu untuk membuat penampilan pertamanya bersama pasukan utama di Liga Primeira.

Selepas aksi bertemu CS Maritimo minggu lalu, yang berkesudahan Portimonense SC menang 2-1, skuad bimbingan Paulo Sergio itu akan bertemu Tondela di tempat lawan, Sabtu ini disusuli aksi bertemu Santa Clara di laman sendiri pada 1 November.

Bagaimanapun, Safawi mengambil perkara itu sebagai c@baran untuk dia terus berusaha keras bersaing merebut tempat dalam skuad utama namun mengakui aksinya kini sedikit sebanyak telah memikat hati jurulatih.

Untuk perlawanan akan datang saya akan bermain bersama skuad B-23 men3ntang Maritimo pada Ahad ini (25 Oktober) di tempat lawan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sini dan cabaran merebut tempat dalam skuad utama sangat s3ngit. Bagi saya elok juga ketua jurulatih letak saya main bersama skuad B-23 untuk menyesuaikan diri.

sumber : UM

InsyAllah tidak lama lagi rezeki saya akan sampai. Saya tahu rakyat Malaysia mahu melihat penampilan pertama saya bersama skuad utama di Portugal, katanya kepada Utusan Malaysia.