Aidil Zafuan Masih Yang Terbaik

Striker berb!sa tempatan, Shahrel Fikri menyifatkan gelaran Striker Terbaik 2020 yang diraih dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual sebagai satu pengiktirafan berharga untuknya selepas berg3lut dengan prestasi pada musim lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak menjangka mampu mengungguli kategori tersebut pada tahun ini melihat kepada persa!ngan sengit daripada calon penyerang lain yang majoritinya adalah pemain import.

Namun, Shahrel bersyukur apabila usaha keras dan p3nat le3ah mengharungi musim 2020 bersama Perak terbayar dengan kemenangan untuk dinobatkan sebagai Striker Terbaik buat kali kedua sejak kali pertama memenangi kategori itu pada tahun 2017.

Jelasnya, musim 2020 ibarat memberi naf@s baru kepada kariernya selepas berg3lut dengan prestasi hambar pada musim lalu selain sukar untuk mendapatkan minit permainan, justeru dengan trofi yang dimenangi tahun ini pastinya akan memberi motivasi lebih tinggi untuk Shahrel bersama pasukan baharu, Selangor musim depan.

Memang saya tidak menyangka trofi ini akan menjadi milik saya kerana kalau kita tengok ada 7 calon import yang sememangnya cukup berkualiti dan bukan mudah untuk ditandingi.

Namun, saya bersyukur kerana usaha saya untuk menampilkan prestasi terbaik atas padang berbaloi dan semestinya anugerah yang diterima ini menjadi penghormatan kepada saya untuk buat lebih baik pada masa hadapan.

Kali terakhir saya menang 2017, dan saya tidak tercalon pada 2019 kerana kurang menyerlah, jadi musim ini sememangnya musim yang cukup bertuah untuk saya, dan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat terutamanya rakan pasukan dan barisan jurulatih.

“Trofi ini juga saya tujukan kepada keluarga saya atas sokongan tidak henti, dan pastinya penyokong juga yang turut sama mengundi untuk ABK20 ini”, katanya.

Shahrel membawa pulang dua trofi pada musim ini apabila turut dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Tempatan CIMB Liga Super 2020.

Selain itu, tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak juga mengakui kemenangan buat kali kelima untuk dinobatkan sebagai Pertahanan Terbaik cukup bermakna untuk dirinya selepas lima tahun menanti.

Nyata, prestasi Aidil masih lagi dilabel antara yang terbaik untuk memenangi kategori itu apabila ketika ini kekal sebagai pemenang paling banyak bagi kategori Pertahanan Terbaik selepas menang pada tahun 2009, 2010, 2012 dan 2015.

Mula-mula memang saya tidak rasa pun saya boleh menang sebab ada beberapa pemain lain yang saya rasa mampu untuk menang trofi ini.

Apa-apa pun, saya percaya kepada rezeki dan ternyata tahun ini menjadi rezeki saya selepas kali terakhir menang pada tahun 2015.

“InsyaAllah selagi saya mampu bermain, saya akan sentiasa berikan yang terbaik, tetapi apa-apa pun, saya bermain bola bukanlah semata-mata untuk menang anugerah, tetapi lebih kepada kepuasan sendiri sebab bola sepak adalah karier saya”, jelasnya.

ABK20 Virtual menyaksikan JDT mend0minasi dengan kemenangan lima kategori yang dipertandingkan pada kali ini.

JDT, Benjamin Mora dinobatkan sebagai Ketua Jurulatih Terbaik manakala Pemain Paling Bernilai (MVP) 2019, Safawi Rasid menang kategori Pemain Tengah Terbaik.

Pasukan JDT pula dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Liga Malaysia 2020.

Antara kategori lain, striker Selangor, Ifedayo Omosuyi memenangi Kasut Emas 2020 dan juga Penjaring Terbanyak CIMB Liga Super 2020 dengan 12 gol secara keseluruhan manakala striker Pulau Pinang, Casagrande dinobatkan Penjaring Terbanyak Liga Premier 2020.

Turut menjadi perhatian adalah pemain muda Selangor, Danial Asri yang meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2020 dan terakhir sekali, penyokong Liga Malaysia lakar sejarah baharu apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai 2020.