Akhirnya Sri Pahang peroleh kemenangan pertama

Selepas melalui detik sukar  sehingga terpaksa ‘merehatkan’ pengendalinya, Thomas Dooley, Sri Pahang akhirnya berjaya memecah kebuntuan itu apabila memperoleh kemenangan pertama malam ini.

Dalam perlawanan keempat di Stadium Darul Makmur di sini malam ini, Sri Pahang men3waskan Sabah 2-1 menerusi jaringan tonggak importnya, Yevhen Bokhashvili dan Lee Tuck manakala Saddil Ramdani menjaringkan gol tunggal Sabah.

Untuk tiga perlawanan Liga Super sebelum ini, skuad Tok G@jah dibimbing Dooley dalam dua perlawanan awal sebelum diambil alih oleh Dollah Salleh pada aksi menentang Melaka baru-baru ini.

Sri Pahang t3was dua kali ketika aksi menentang Selangor dan Perak manakala seri dalam perlawanan bertemu Melaka.

Pada aksi malam ini, Sabah bermula garang sebaik perlawanan bermula apabila Amri Yahya dan Risto Mitrevski melakukan dua percubaan dalam tempoh dua minit pertama tetapi peluang itu berjaya dinafikan penjaga gol Sri Pahang, Mohd. Zarif Irfan.

Sri Pahang juga mempunyai peluang terutama 10 minit pertama tetapi sepakan Pedro Henrique dan Bokhashvili ditepis penjaga gol Sabah, Robson Rendy.

Peluang terbaik Tok G@jah muncul pada minit ke-29 namun Bokhasvili gagal menolak bola ke gawang lawan setelah menerima hantaran cantik dari Lee Tuck.

Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan masing-masing melakukan asakan untuk gol pertama perlawanan dan akhirnya pada minit ke-55, Sri Pahang memperoleh jaringan menerusi Bokhashvili.

Pada minit ke-70, Lee Tuck pula berjaya mencetak nama selaku penjaring gol untuk Sri Pahang mendahului Sabah FC 2-0.

sumber : UM

Ketinggalan dua gol, Sabah nyata tidak berputus asa dan hasilnya pada minit ke-80, tandukan Saddil berjaya men3waskan Mohd. Zarif untuk gol tunggal pelawat.