Sukan

Aksi Longlai pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 sebagai pengajaran terbaik

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) digesa mengambil pendekatan lebih rasional dalam membenarkan penganjuran perlawanan antarabangsa di negara ini, kata penganalisis sukan, Dr Pekan Ramli.

Menyokong penuh cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganjurkan dua siri aksi antarabangsa Tier 1 menerusi kaedah gelembung bioperubatan pada September depan, Pekan mempersoalkan sampai bila harus industri sukan khususnya bola sepak akan melalui fasa seakan ‘lumpuh’.

Beliau berkata, MKN, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta KKM seharusnya menjadi penasihat utama kepada semua sektor sukan dalam penyelarasan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih baik untuk membantu aktiviti sukan dari terus dihimpit impak C0v!d-19 yang semakin meningkat saban hari.

“Takkanlah kita perlu tunggu sehingga tahun depan yang ia juga tidak semakin reda untuk dapat memulakan sebarang pertandingan. MKN, KBS dan KKM sebaiknya lakukan kajian terperinci, mengambil contoh penganjuran sukan terutama liga bola sepak di Eropah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kaedah gelembung bioperubatan mempunyai protokol serta SOP C0v!d-19 lebih ketat berbanding gelembung sukan sedia ada, namun pada masa sama menjamin kelangsungan sesuatu penganjuran acara itu.

Sebagai contoh, jika terdapat kes C0v!d-19, hanya pemain atau pegawai yang dijangkiti akan diasingkan sementara baki mereka yang negatif boleh meneruskan saingan.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam pada Ahad mengesahkan badan induk itu telah membuat permohonan kepada MKN dan KKM menerusi KBS, untuk membentangkan sendiri kertas cadangan penganjuran dua siri perlawanan antarabangsa Tier 1 menerusi kaedah gelembung bioperubatan.

Menurut Stuart, FAM turut telah mendapatkan persetujuan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk bersama-sama membantu dalam pembentangan kertas cadangan itu bagi memperkukuhkan fakta dan hujah mengenai cadangan berkenaan.

Sementara itu, Pekan yang memegang jawatan Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan aksi longlai skuad H@rimau Malaya pada pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lalu, sebagai pengajaran terbaik.

Beliau berkata, antara kesan daripada kekangan dihadapi susulan impak C0v!d-19, pemain negara bukan sahaja kekurangan minit perlawanan, malah pemain juga dilihat bergelut dengan prestasi individu masing-masing akibat kekurangan aksi pemanas badan dan tempoh kem latihan yang singkat.

“MKN dan KKM sebaiknya menjadikan rancangan FAM ini sebagai benchmark untuk mula mengadakan perlawanan di laman sendiri dan bersama-sama menjadi penasihat serta berbincang untuk bagaimana menjayakannya.

“Kita ada SOP dan gelembung sukan yang boleh dikemas kini dan diperketat dengan nasihat MKN dan KKM demi kebaikan bersama membabitkan sukan terutama bola sepak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pekan berkata jika ada sentimen membandingkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) sudah mula dicemari dengan isu pemain dijangkiti C0v!d-19 dan cadangan FAM itu akan memburukkan lagi keadaan, maka itu perlu ditepis.

sumber : SH

“Jika dibandingkan isu dua hingga tiga pemain Liga-M dijangkiti C0v!d-19, ia bukanlah sebesar mana jika dibandingkan dengan sektor lain yang lebih banyak menyumbang kepada peningkatan kes di negara ini,” katanya.