Aksi Perebutan Naib Juara Liga Super dipinda

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk meminda tarikh perl@wanan Liga Super membabitkan Sabah dan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu disebabkan Kota Kinabalu diisytihar zon merah C0v!d-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, selain itu, pindaan jadual perl@wanan turut membabitkan pertemuan Perak men3ntang Kedah di Stadium Perak, Ipoh dan Terengganu FC (TFC) menentang Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak berdasarkan faktor perebutan tempat kedua Liga Super dan perl@wanan menentukan kedudukan bagi undian Piala Malaysia.

Jelasnya, perl@wanan Perak menentang Kedah dan TFC bertemu Pahang yang sebelum ini dijadualkan pada 10 Oktober iaitu Sabtu ini dipinda pada Ahad.

“Manakala venue bagi perl@wanan di antara Sabah mel@wan UiTM FC pada 10 Oktober di Stadium Likas, Kota Kinabalu akan dimaklumkan kelak berikutan bandaraya Kota Kinabalu diisytihar sebagai zon merah dan menyebabkan P3rintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

“Lanjutan daripada itu, pihak Sekretariat MFL sedang mengadakan perbincangan dengan kedua-dua pasukan bagi penjadualan semula dan tarikh itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat sebelum undian Piala Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Dalam perkembangan sama, Ghani memaklumkan bahawa pindaan jadual pertandingan Liga Super ini akan menyebabkan perubahan tarikh sepak mula bagi pertandingan Piala Malaysia peringkat pusingan pertama 16 pasukan.

Susulan pindaan jadual itu menyaksikan undian Piala Malaysia yang sebelum ini diadakan pada 12 Oktober ditunda pada 19 Oktober sebelum kejohanan paling tertua di Asia Tenggara itu membuka tirai pada 25 dan 26 Oktober ini berbanding jadual asal pada 16-18 Oktober.

sumber : HM

Penangguhan itu juga dibuat selepas MFL amat prihatin dengan situasi semasa pandemik Covid-19 di negara yang agak membimbangkan apabila menunjukkan peningkatan kes.