Aksi Tanpa kalah Harim@u selatan, baham Melaka 5-0

Melaka: Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup saingan Liga Super menerusi aksi tanpa kalah selepas mencatat kemenangan men3waskan Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Menguasai hampir keseluruhan babak pertama barisan pelawat bagaimanapun gagal memecah kebuntuan jaringan selepas Melaka kental bertahan.

Malah beberapa peluang mereka yang terhidang berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali selain tersasar.

Peluang terbaik buat JDT mencipta gol pembukaan hadir pada minit ke-19 menerusi Gonzalo Cabrera namun sepakan kencangnya berjaya ditepis keluar Norazlan.

Skuad Hang Tuah yang sesekali memasuki kawasan pelawat turut memiliki peluang menjaringkan gol namun percubaan lemah Sony Norde (m-30) berjaya diselamatkan penjaga gol Mohd Farizal Marlias.

Babak kedua menyaksikan anak buah jurulatih Benjamin Mora terus berusaha gigih memecah kubu pertahanan Melaka namun tandukan kencang Gonzalo sekali lagi berjaya diselamatkan Norazlan.

JDT yang sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super untuk musim ketujuh berturut-turut nyata memiliki kelas tersendiri akhirnya berjaya mencipta jaringan pertama menerusi sepakan penalti Leandro Velazquez pada minit ke-70 perl@wanan.

Sumber : HM

Sebelum menggandakan jaringan menerusi Shafiq Ahmad pada minit ke -75 diikuti tandukan Aidil Zafuan Abd Razak (m-78), Fernando Rodriguez (m-84) dan Leandro Velazquez m- 90 perl@wanan.