akui berat hati untuk meninggalkan JDT

Luciano Figueroa mengesahkan akan meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mencipta pelbagai kejayaan bersama kelab itu sejak 2014.

Dia yang dilantik sebagai pengurus pasukan itu pada 2018 menjelaskan keputusan itu terpaksa dibuat kerana perlu pulang ke Argentina demi komitmen terhadap keluarga.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, hari ini, Figueroa mengakui berat hati untuk meninggalkan JDT yang dianggap satu keluarga.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim serta penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi yang saya perolehi sebagai pemain dan pengurus.

Saya pergi dengan penuh kenangan manis dan saya amat terharu dengan penamaan sebuah stand di Stadium Sultan Ibrahim bersempena nama saya.

Ia sebuah perjalanan yang indah, memenangi banyak piala dan menjalin banyak hubungan rakan-rakan baharu yang kini saya panggil keluarga, katanya.

Sebagai rekod, sepanjang bersama skuad H@rimau Selatan sejak 2014, beliau menjaringkan 42 gol dan ia adalah pencapaian terbaik selaku pemain import selain melakukan 14 bantuan jaringan selepas mengharungi 71 perlawanan.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu memenangi dua kejuaraan Liga Super pada musim 2014 dan 2015 selain Piala Sumbangsih pada 2015 sebelum disusuli kejayaan terbesar pada musim 2015 apabila JDT membawa pulang Piala AFC.

Pada musim 2018, Figueroa kembali menyarung jersi skuad JDT dan kemudian membantu pasukan itu memenangi Piala Sumbangsih.

sumber : BH

Pada bulan Ogos tahun yang sama beliau dilantik sebagai pengurus pasukan.