Akui sudah ‘masak’ dengan keazaman tinggi pihak lawan

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Corbin Ong, mengakui sudah ‘masak’ dengan keazaman tinggi pihak lawan sekali gus menjangkakan skuad Harimau Selatan bakal berdepan ranjau berliku ketika menyambut kunjungan Terengganu FC, malam esok. 

Pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim itu dijangka paling sengit berbanding aksi mereka terdahulu berdasarkan prestasi dan kedudukan semasa kedua-dua pasukan.

JDT selaku pendahulu Liga Super selepas 10 perlawanan sering diuji dengan aksi luar biasa pihak lawan terutama ketika beraksi di laman sendiri.

Terpaksa bergelut untuk meraih kemenangan, barisan Benjamin Mora itu bagaimanapun sudah bersedia dengan cabaran menanti.

“Kami tidak kisah siapa muncul penjaringnya selagi kami mencipta peluang, ” katanya dalam laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas persiapan terakhir tuan di venue pertandingan.

Cabaran itu diakuinya sambil berkongsi mengenai impak penyerang utama, Bergson Da Silva, yang sudah meledak sembilan gol.

Tambahnya: “Gol dalam tiga perlawanan lalu telah meringankan bebannya.

“Kami sentiasa bangga mewakili JDT.

“Kami akan buat persediaan terbaik, cari tiga mata lagi.”

Sementara itu, peny3rang Terengganu, David Da Silva, pula tampak mahu menjawab kritikan peminat terhadap prestasi hambarnya sebelum ini.

Bekas penyerang Persebaya Surabaya itu bertekad melakukan sesuatu demi melakar kejutan ke atas lawan.

“Apa yang penting kami dapat bawa pulang tiga mata.

“Kami tidak mampu mencapai sesuatu tanpa berjuang, saya harap kami dapat melakukannya bersama-sama.

“Saya sudah sedia menumpahkan darah demi pasukan. Saya tidak kisah dengan sebarang komen luar, tugas saya di atas padang.

Sumber : SA

“Saya harap mereka tonton perlawanan ini dan mendapat jawapannya,” katanya yang terjejas akibat kecederaan pada awal musim ini.