B.Sathianathan ‘direhatkan’

Pengendali Selangor, B Sathianathan dikhabarkan dip3cat oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini.

Pem3catan pengendali berpengalaman itu susulan aksi tidak menentu skuad Red Giants dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Arena Metro cuba mendapatkan pengesahan FAS namun gagal. Sebaliknya dimaklumkan sumber dalaman persatuan itu, FAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Bagaimanapun, berdasarkan info yang boleh dipercayai, kedua-dua pihak iaitu Sathianathan dan FAS berjaya mencapai kata sepakat berkenaan status pengendali itu.

Untuk rekod, kontrak Sathianathan akan tamat penghujung musim ini selepas beliau mula menyertai skuad Merah Kuning pada musim lalu.

sumber : HM

Dengan perkembangan ini, Sathianathan muncul jurulatih kedua dalam saingan Liga-M musim ini ‘direhatkan’ selepas minggu lalu jurulatih Kelantan United, Zahasmi Ismail turut menerima nasib sama ekoran prestasi merudum kelab itu.