Sukan

Baik fokus pada kerja membina pasukan The Red Warriors yang sudah hampir karam

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman tetap menegaskan, bukan beliau yang memulakan ‘p3rang’ dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Dalam masa sama, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham juga seakan memberi bayangan enggan memikirkan lagi perbal@han dengan dua badan itu, sebaliknya mahu memberi fokus kepada membina skuad The Red Warriors (TRW).

“Sebenarnya saya sukakan kedamaian. Aku suka pokok nangka dan air terjun. Baik saya fokus pada kerja membina pasukan The Red Warriors yang sudah hampir karam.

“Alhamdulillah, dalam masa empat bulan kita selesaikan masalah ‘Transfer Ban’ dari FIFA. Orang kata mustahil, tapi kita sudah buktikan.

“Kita memang mahukan kedamaian, bukan aku yang mulakan. Jangan senyum di depan, tetapi di belakang berniat membuli. Jika ini yang berlaku, memang layaklah level 153 kita di rangking dunia!,” katanya menerusi hantaran terbaru pada akaun Facebook miliknya, semalam.

P3rang Norizam dengan FAM dan MFL sebelum ini dipercayai terc3tus selepas terdapat laporan mengatakan Kelantan FC boleh dikenakan pemotongan tiga mata akibat masalah tunggakan gaji pemain.

Laporan media itu bagaimanapun dinafikan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Menerusi hantaran sama di Facebooknya, Norizam berkata beliau sudah menjelaskan ketika pertemuan di pejabat FAM pada 7 Januari lalu, perjanjian ambil alih Kelantan FC dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) adalah RM6.8 juta.

“RM3 juta nilai belian dan aku ‘advance’ RM3.8 juta atas permintaan KAFA untuk selesaikan semua baki hutang yang ada. KAFA janji akan pastikan selain RM6.8 juta, jika ada tuntutan lain KAFA akan tanggung.

“Setebal 34 surat sudah ‘spellout’ semua perincian perjanjian. Apa tanggungjawab masing-masing. Pada pertemuan itu, aku datang dengan peguam untuk jelaskan hal sebenar.

sumber : BH

“Pihak KAFA diwakili oleh Ahmad Muzakkir Hamid juga sudah jelaskan akan tanggungjawab utk selesaikan baki RM118,000 yang ada. Maksudnya, aku tinggal fokus pada pembangunan pasukan Kelantan FC dan KAFA selesaikan hal lain,” katanya.