Bakal Sertai pasukan Liga Malaysia

Rakan sepasukan kepada bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dalam skuad kebangsaan Gabon, Levy Madinda dilaporkan bakal menyertai sebuah pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana pemain yang dimaksudkan ialah Levy Madinda, seorang pemain tengah berusia 28 tahun.

Ejen kepada Levy, Ruiz & Gomez turut berkongsi perkara sama menerusi laman media sosial Instagram mereka namun tidak menyebut secara terperinci pasukan mana yang akan disertai oleh Levy.

Madinda mempunyai pengalaman beraksi di Eropah dimana beliau pernah menyarung jersi kelab Sepanyol, Celta Vigo , kelan Greece, Asteras Tripolo dan beberapa kelab Turki seperti Ümraniyespor serta Ankara Keçiörengücü.

Di peringkat antarabangsa, Levy telah membuat 50 penampilan bersama Gabon dan berjaya menjaringkan 6 gol. Selain itu, beliau pernah membantu skuad Gabon B-23 tahun memenangi Africa U-23 Cup of Nations pada 2011.