Belum ada kata putus

WALAUPUN sudah mengadakan dua kali siri pertemuan bersama pakar pelaburan Norizam Tukiman, namun sehingga kini masih lagi belum ada kata putus berkaitan proses pengambilalihan The Red Warrior (TRW) untuk musim hadapan.

Setiausaha Agung Setiausaha Agung KAFA Hussin Deraman berkata, perbincangan masih diteruskan untuk mendapat kata sepakat antara kedua-dua pihak sekali gus mengelak timbulnya masalah pada masa akan datang.

Beliau berkata, walaupun tidak memperoleh keputusan dalam dua siri perbincangan, namun Norizam tetap menunjukkan minat yang positif untuk mengambil alih pasukan Kelantan.

Perbincangan masih diteruskan dan kami masih lagi mahu mencari kesepakatan supaya proses peralihan nanti tidak timbul masalah lain.

“Setakat ini, KAFA tidak akan mendedahkan butiran berkaitan perbincangan namun melihat kepada siri pertemuan ini apa yang boleh dikatakan adalah positif,” katanya, di sini.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan tiga syarikat berminat memiliki pasukan terbabit selepas Wan Kamal Wan Napi menarik diri.

Daripada tiga calon berkenaan, salah satu daripadanya adalah Norizam yang juga usahawan burger dan pemilik rangkaian hotel.

Norizam sudah mengadakan perbincangan awal bersama pengurusan KAFA namun setakat ini dilihat masih lagi belum menandatangani perjanjian bersama untuknya mengambil alih TRW.