Benam Kelantan United 4-0, Hatrik Leandro bawa Skuad Seladang ke suku akhir

Leandro dos Santos mengetuai kemaraan Perak ke suku akhir Piala Malaysia selepas hatriknya membantu Perak membenam wakil Liga Perdana, Kelantan United 4-0 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Keputusan terbabit menyaksikan pemain import dari Brazil itu muncul pemain pertama meledak hatrik di pentas Piala Malaysia musim ini sekaligus meletakkannya pada kedudukan penjaring terbanyak setakat ini.

Bagaimanapun, mereka perlu menunggu seketika lawan yang bakal mereka hadapi di suku akhir memandangkan aksi antara Terengganu FC (TFC) men3ntang PJ City FC di Sadium Sultan Mizan Zainal Abidin bermula lewat 30 minit susulan masalah teknikal.

Bagaimanapun, setakat babak pertama, TFC sedang mendahului 1-0 hasil jaringan Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-37.

Pada aksi di Ipoh, Perak tidak perlu menunggu lama untuk membuka gol apabila mendahului seawal minit ketujuh selepas sepakan sudut Firdaus Saiyadi disudahkan dengan satu tandukan oleh Leandro untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Perak terus garang apabila mengasak benteng Kelantan United dan Careca terlepas peluang untuk melebarkan jurang apabila percubaannya pada minit ke-16 gagal menepati sasaran.

Bagaimanapun, Leandro terus cemerlang apabila meledak gol kedua peribadinya pada aksi terbabit selepas menyudahkan hantaran ‘backheel’ Shahrel sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 buat tuan rumah pada minit ke-21.

sumber : BH

Bersambung babak kedua, Leandro melengkapkan hatriknya pada minit ke-48 selepas menyudahkan hantaran leret Careca untuk gol ketiga sebelum Careca menambah d3rita pelawat dengan gol keempat pada minit akhir perlawanan.