Berdepan JDT, Kehadiran Muslim dan Jadid diharap membantu

Dollah Salleh mengesahkan pertahanan import, Herold Goulon tidak beraksi apabila Sri Pahang FC melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur.

Ketua jurulatih itu berkata, kec3deraan yang dialami pemain import kelahiran Perancis itu menjejaskan persediaan pasukan itu berdepan JDT.

Di sebalik ketiadaan Goulon, Muslim Ahmad yang juga kapten pasukan dan Jadid Ilias kembali berada dalam senarai pemain utama.

“Mereka kembali bersama pasukan selepas menjalani penggantvngan satu perlawanan. Kehadiran Muslim dan Jadid diharap membantu memperkasakan benteng pasukan,” kata Dollah.

Ditanya senarai pemain yang akan diturunkan, Dollah belum lagi memuktamadkan termasuk sama ada menyandarkan harapan kepada dua striker import, Yevhen Bokhashvili dan Pedro Henrique dalam kesebelasan utama.

Katanya, setakat ini, tiada lagi kata putus memandangkan prestasi kurang memuaskan yang dipersembahkan dua pemain terbabit dalam usaha mempert@jamkan bahagian s3rangan pasukan.

“Cuma apa yang diharapkan ialah semua pemain perlu lebih bersedia dan fokus sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Selepas lapan perlawanan, Sri Pahang menghuni tangga kedua tercorot Liga Super dengan hanya mengutip lima mata.