Berharap anak Buah kekal tenang – Chong Yee Fatt

Ketua jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt berharap anak-anak buahnya kekal tenang biarpun gagal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertama Liga Super selepas seri tanpa jaringan dengan Petaling Jaya (PJ) City FC pada Ahad lalu.

Sebaliknya, Yee Fatt menggesa barisan pemainnya agar menumpukan sepenuh perhatian terhadap perlawanan kedua menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Beliau percaya laluan sengit menanti skuad bimbingannya kerana tuan rumah pastinya turun dengan misi menebus kekalahan 1-3 di tangan Selangor FC pada Sabtu lalu.

“Kami kena berhati-hati kerana Pahang pasti turun dengan misi menebus kekalahan dalam perlawanan pertama. Mereka juga pasti tidak mahu tumpas di gelanggang sendiri,” katanya.

Sementara itu, Yee Fatt berharap pemain-pemainnya dapat meningkatkan persembahan seperti yang ditunjukkan dalam babak kedua ketika aksi bertemu PJ City di Stadium Perak.

Dalam masa sama, Yee Fatt mendapat berita gembira apabila beliau boleh menurunbkan kesebelasan terbaik selepas pasukannya tidak lagi dilanda krisis kec3deraan.

sumber : Konline

“Saya lebih daripada berpuas hati jika kami tidak kalah perlawanan ini. Justeru, saya menuntut aksi mantap daripada setiap pemain agar misi membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata tercapai,” katanya.