Beri Peluang Baik buat Skuad Lang Merah – Aidil

Penundaan kempen Piala Malaysia dari 25 Oktober kepada 6 November ini akibat pandemik C0v!d-19 memberi peluang kepada Kedah memastikan pemain yang mengalami kec3deraan kembali pulih sepenuhnya.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, beliau melihat penundaan kejohanan bola sepak tertua tanah air itu sebagai peluang terbaik kepada beberapa pemain utama seperti dua penjaga gol iaitu, Ifwat Akmal Che Kassim dan Shahril Saa’ri serta pemain tengah, Muhammad Hadin Azman, untuk kembali memperkuatkan skuad Lang Merah.

“Ifwat dan Shahril juga semakin menunjukkan perkembangan positif selepas berdepan kec3deraan, tetapi Hadin sekarang masih 50-50 dan harap dia sempat untuk turun beraksi nanti.

“Secara keseluruhan, saya akan pastikan semua pemain dapat rehat yang secukupnya, dan dalam masa sama mengekalkan kecergasan di tahap terbaik sebelum sepak mula,” kata Aidil dalam satu kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Pandangan sama turut disuarakan pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain yang melihat tempoh tiga minggu yang ada sebagai medan terbaik untuk barisan pemainnya menguji pasukan feeder iaitu TFC II pada aksi persahabatan.

“Sebenarnya tugas mencabar juga untuk saya sebagai jurulatih bagi memastikan pemain-pemain ini tidak hilang ‘mood’ perlawanan sebenar selepas tiga minggu.

“Jadi, bonus untuk kami apabila ada pasukan feeder seperti TFC II untuk kita sentiasa menguji kecergasan pemain atas padang, dan tempoh tiga minggu ini tidak boleh disia-siakan kerana kami ingin cuba untuk mara jauh dalam Piala Malaysia musim ini,” kata Nafuzi.

MFL sebelum ini memutuskan menunda kempen Piala Malaysia dari 25 Oktober ke 6 Dissembe ini susulan keputusan kerajaan pelaksanaan P3rintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bagi membendung penularan pandemik C0v!d-19.

sumber : BH

Pusingan pertama Piala Malaysia bagi 16 pasukan (11 pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Perdana) akan berlangsung pada 6 hingga 8 November, disusuli aksi suku akhir (12-13 November), separuh akhir (17 November), serta aksi final pada 22 November ini.