Berjaya ikat JDT, isyarat DNA Jerman sudah mula diserap Pemain Selangor FC

Prestasi yang ditunjukkan Selangor ketika mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi isyarat kepada pencabar lain bahawa DNA Jerman sudah mula diserap barisan pemain Red Giants.

Jika corak permainan itu dikekalkan, tidak mustahil Selangor mampu mencabar kejuaraan Liga Super musim ini dan pengendalinya, Karsten Neitzel berharap rentak ini terus berlanjutan menjelang perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Katanya, bukan soal bertemu JDT anak buahnya bersungguh untuk mempamerkan aksi seperti itu, tetapi sebenarnya pemain sendiri mahu menampilkan permainan lebih
baik daripada dua perlawanan sebelum ini yang menyaksikan mereka tewas kepada Terengganu FC 3-1 dan seri dengan Kuala Lumpur City (1-1).

“Apa yang dipamerkan pemain ketika bertemu JDT adalah sesuatu yang membanggakan.

“Perlawanan pertama men3ntang Pahang, kami bermain dengan baik tetapi saya tidak mahu mengatakan ini adalah prestasi terbaik kami (menentang JDT) tetapi ini adalah mentaliti yang baik kerana mereka yakin dengan apa yang perlu dilakukan di atas padang.

“Mereka banyak berlari mendapatkan bola, ini adalah cara kami. Kami harus bertahan dan meny3rang bersama-sama.

sumber : UM

“Bukan pertahanan tugasnya hanya bertahan, peny3rang hanya meny3rang tetapi ia perlu dilakukan bersama dan itu ditunjukkan para pemain,” katanya.