Berminat Membeli TRW, Namun urus niaga terpaksa dilupakan

KOTA BHARU: Syarikat berpangkalan di India antara yang berminat untuk membeli The Red Warriors (TRW), namun urus niaga terpaksa dilupakan akibat pandem!k C0v!d-19.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini turut mendedahkan, TRW juga menarik minat beberapa syarikat tempatan dan ‘pintu rundingan’ masih dibuka selagi tiada perjanjian dicapai.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi pemegang taruh terbesar TRW boleh berhubung secara terus dengan badan induk itu.

Kita tidak mahu mana-mana pihak yang berminat (mengambil alih TRW) hanya bercakap diluar sahaja (menggunakan media).

“Datanglah berjumpa KAFA secara terus untuk kita mengadakan perbincangan lanjut berhubung perkara tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Jersi Baharu Kepada TRW di sini hari ini.

Jersi baharu itu adalah hasil kerjasama KAFA dengan Syarikat Stechmad Sdn. Bhd yang diwakili Pengarah Urusanya Ros Faizan Mohamad.

Husin memberitahu, rundingan dengan pakar pelaburan terkenal tanah air Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham masih lagi di peringkat permulaan.

KAFA baharu sahaja membalas dua surat tunjuk minat yang dihantar oleh Zamsaham pada 10 dan 12 Ogos lalu berhubung hasrat beliau untuk menyelamatkan TRW.

“Buat masa ini, KAFA atau Zamsaham sedang meneliti segala syarat yang telah dikemukan agar kedua-dua pihak mencapai kata sepakat supaya rundingan boleh dilanjutkan ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Husin berkata, pihaknya akan membelanjakan RM370,000 bagi melunaskan tunggakan gaji barisan pemain dan pengurusan TRW untuk tempoh sebulan.

sumber : UM

Katanya, pembayaran tunggakan gaji itu akan dilakukan selewat-lewatnya pada 22 Ogos ini.