Bersama Kedah, jika mendapat tawaran yang baik

Kuala Lumpur: Masa depan pengendali Kedah Aidil Sharin bersama skuad daripada utara itu masih lagi menjadi persoalan apabila beliau akan menentukan hala tujunya selepas keputusan perlawanan akhir bertemu Perak, Sabtu ini.

Aidil yang mengakui masalah dalaman yang membelenggu skuad Helang Merah sebelum ini termasuk membabitkan tunggakan gaji sudah semakin pulih tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kontraknya bersama Kedah jika mendapat tawaran yang baik.

Beliau berkata, ketika ini, barisan kejurulatihan dan pemain memberi ruang dan peluang kepada pengurusan dalam membentuk pentadbiran lebih mantap pada masa akan datang.

Berkaitan untuk menerima tawaran daripada Kedah pada musim depan, saya tidak mahu bercakap mengenai perkara terbabit dan mahu menentukannya selepas habis perlawanan men3ntang Perak nanti.

Jika keadaan baik, kenapa tidak saya menerima tawaran daripada Kedah kerana semuanya tiada masalah dan saya menyukai suasana pasukan itu.

Saya tengok keadaan sekarang ini semakin baik, terima kasih kepada pengurusan kerana menyelesaikan tunggakan gaji selain turut menyuntik semangat kepada pemain untuk terus mencipta kejayaan pada perlawanan akan datang, katanya, pada sidang media selepas perlawanan menentang Melaka di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Pada perlawanan itu, Kedah terus cemerlang dalam usaha menempah slot ke Piala AFC tahun depan apabila berjaya menumpaskan Melaka 1-0.

Walaupun terpaksa menukar venue pada saat akhir namun itu bukan halangan kepada skuad Helang Merah membawa pulang tiga mata penting untuk naik ke tangga kedua Liga Super musim ini.

Sementara itu, jurulatih berasal dari Singapura terbabit begitu berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemain muda ketika berjaya menewaskan Melaka.

Saya akui memang merehatkan pemain senior untuk menghadapi perlawanan men3ntang Perak Sabtu ini namun barisan pemain muda menunjukkan prestasi membanggakan.

Sumber : HM

Mereka berjaya meng3kang setiap as@kan lawan selain membantu memastikan pasukan membawa pulang tiga mata penting, katanya.