Bersara daripada UFC Khabib mahu jadi pemain bola sepak

Khabib Nurmagomedov dengan nada berjenaka berkata dia mahu menjadi pemain bola sepak selepas bersara daripada UFC.

Bintang Russia berusia berusia 32 tahun itu mengumumkan persaraannya selepas menewaskan Justin Gaethje pada Oktober lalu.

Kini selepas memberi petanda keputusannya itu kekal ketika menyaksikan UFC 257, Khabib di ruang media sosialnya menawarkan khidmat sebagai pemain bola sepak.

Dalam Instagramnya, dia berkata: “Bersiap sedia untuk aksi pertama bola sepak. Saya kini ejen bebas dan sedia menerima tawaran.”
UFC 257 menyaksikan Conor McGregor t3was mengejut kepada Dustin Poirier semalam selepas ditumbuk beberapa kali pada pusingan kedua dan Khabib mengkritik persiapan jaguh Ireland itu sebagai punca kekalahan.

Katanya: “Inilah yang berlaku apabila anda menukar pasukan, meninggalkan rakan pelatih yang menjadikan anda juara dan berlatih pula dengan budak-budak, jauh daripada realiti.”

McGregor kemudiannya membalas komen itu dalam sidang akhbarnya dengan berkata: “Pasukan saya tidak berubah sejak hari pertama. Saya tidak mengubah mana-mana pasukan.

sumber : HM

“Ia tetap sama, hormati atlet dan itu adalah karakter lelaki di sebalik topeng. Apa-apa sahajalah..Apa yang mahu dilakukannya? Adakah dia mahu kembali atau tidak?”