Penantian bertahun-tahun pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel yang ‘mengidam’ mendapatkan khidmat Oliver Buff berakhir selepas pemain tengah dari Switzerland itu sah mengikat kontrak bersama skuad Liga Super itu.
Pengendali dari Jerman itu mengakui dia sudah lama mengintai pemain berusia 28 tahun itu dan sentiasa mengikuti perkembangan semasanya sebelum kedua-dua mereka akhirnya dapat ‘bergabung’ dalam pasukan sama musim ini.
Saya belum pernah bekerjasama dengan Oliver. Satu ketika dahulu semasa dia masih lagi pemain muda di FC Zurich, dia sudah menarik minat saya dan saya cuba membawanya masuk ke pasukan lama saya di Jerman.
Walaupun hasrat itu tidak kesampaian, saya sentiasa mengikuti perkembangannya sehingga ke hari ini, kata Neitzel.
Mengulas lanjut mengenai kemasukan bekas pemain Real Zaragoza itu, Neitzel mengakui pemain itu menepati ciri-ciri pemain yang dimahukan dan memiliki kualiti untuk membantu Selangor menjadi lebih mantap bagi mengharungi musim ini.
Oliver seorang pemain yang mempunyai ketenangan, mampu membaca permainan dengan baik dan berkebolehan beraksi dengan baik dalam merencana s3rangan dan pertahanan pasukan.
“Dia juga mampu menjadi teladan kepada pemain muda lain. Saya harap dia mampu menunjukkan kualiti yang kita harapkan,” katanya.
Terdahulu, The Red G!ants mengesahkan pemenang Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) edisi 2009 itu menjadi pilihan mereka untuk memperkasa pasukan bagi menghadapi saingan musim ini.
Oliver adalah pemain terbaru kelima yang diperkenalkan selepas mereka mengikat Shahrel Fikri, Tim Heubach, R Dinesh dan Nik Sharif Haseefy sebelum ini.
Biodata
Oliver Buff
Tarikh lahir: 3 Ogos 1992 (28 tahun)
Tempat lahir: Baden, Switzerland
Tinggi: 1.76 m
Posisi: Tengah
Kelab: Selangor FC
Jersi: 23
Karier remaja
2002-2005: Oetwil-Geroldswil
2005-2009: Zürich
Karier senior
2009-2011: Zurich II
2010-2017: Zurich
2017-2019: Real Zaragoza
2019: Anorthosis Famagusta
2020: Grasshoper
2021: Selangor
Skuad kebangsaan
2008-2009: Switzerland B-17
2009-2011: Switzerland B-19
2011-2014: Switzerland B-21
2012: Switzerland Olimpik