Bertemu KDA FC, SFC mahu mengutip tiga mata penuh

Selangor FC mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila menanti kunjungan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi Liga Super malam esok.

Ketika kehadiran semula penyokong di Stadium MBPJ, ia pastinya dapat meningkatkan lagi semangat barisan pemain Gergasi Merah yang menamatkan kemarau kemenangan selepas men3waskan UiTM FC, Sabtu lalu.

Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel menegaskan fokus pasukannya tidak pernah berubah, iaitu mahu mengutip tiga mata penuh pada setiap perlawanan termasuk apabila bertemu KDA FC.

“Kadangkala anda memerlukan kemenangan ketika situasi yang amat penting dan kami berhak untuk meraih tiga mata ketika bertemu UiTM FC.

sumber : HM

“Esok adalah perlawanan yang cukup penting. Sudah pasti kami mahu meraih tiga mata penuh. Malah bagi saya setiap perlawanan adalah penting untuk meraih tiga mata,” kata Neitzel yang berharap dapat menyenaraikan barisan terbaiknya selepas berdepan beberapa masalah kec3deraan pemain.