Biarlah lojik

Peminat bola sepak tempatan perlu realistik dan memberi masa kepada penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sekurang-kurangnya dua tahun bagi dia membina fizikal lebih mantap di Belgium.

Jelas pakar dalam bidang sains sukan iaitu pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, perbandingan susuk tubuh antara Luqman dan seorang lagi peny3rang negara, Safawi Rasid adalah tidak adil.

Luqman beraksi bersama KV Kortrijk (KVK) dalam liga Belgium manakala Safawi di Portugal bersama kelab, Portimonense SC dijadikan perbandingan dengan ramai peminat memuji fizikal Safawi yang dilihat lebih berotot berbanding Luqman.

“Tak boleh dibandingkan dengan antara kedua-dua pemain itu. Kena ingat, Luqman baru berusia 18 tahun dan susuk tubuhnya sekarang memang ideal dengan umurnya.

“Manakala Safawi pula 23 tahun dan fizikal yang berotot itu sudah dibentuknya sejak tiga ke empat tahun bila dia jadi pemain profesional, ditambah berlatih bersama JDT (Johor Darul Ta’zim) banyak membantunya membina fizikal.

sumber : HM

“Luqman baru saja bergelar pemain profesional tahun ini, jadi kita kena beri sekurang-kurangnya dua tahun kepada Luqman untuk membentuk fizikal yang sesuai sebagai seorang peny3rang.