Biarpun hanya membawa skuad utama dalam empat perlawan, annggap pencalonannya relevan

“Setiap calon pasti ada kualiti.” Itu tegas jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner, yang menganggap pencalonannya relevan biarpun hanya membawa skuad utama dalam empat perlawanan terakhir Liga Super.

Feichtenbeiner turut menegaskan pencalonan peny3rang utama Selangor, Ifedayou Olusegun, adalah pilihan tepat untuk dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori peny3rang terbaik bagi musim 2020 yang akan diketahui pada 30 Disember ini.

Berada dalam senarai 10 jurulatih terbaik bagi musim 2020 dalam senarai yang diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini sambil undiannya akan dibuka esok, pembimbing dari Jerman itu menganggap ia sebagai satu penghargaan.

Dia yakin kredibiliti yang dimilikinya juga diukur berdasarkan prestasi Selangor II dalam lapan perlawanan Liga Perdana.

“Secara keseluruhannya, saya mengendalikan 12 perlawanan.

“Tetapi pujian harus diberikan kepada pemain, pengiktirafan ini juga untuk pemain dan pasukan.

“Kalau saya memenangi sesuatu, ia pastinya untuk barisan kejurulatihan dan pasukan,” katanya ketika ditemui wakil Astro Arena, Fina Nasrom, di Kompleks Sukan Kelana Jaya hari ini.

Menerusi pencalonan bagi kategori peny3rang pula, Fenchtenbeiner tidak teragak-agak untuk menamakan pengg3mpur dari Nigeria itu sebagai calon terbaik.

Anugerah Kasut Emas yang dimiliki pemain itu pada musim lalu dianggap sebagai bonus untuk dijadikan sebagai penilaian paling tepat.

“Dia menyumbat banyak gol terutama pada penghujung musim lalu dalam Liga Super termasuk Piala Malaysia.

“Dia seorang peny3rang yang cukup berbisa dalam saingan pendek musim ini jadi saya berasakan dia pengg3mpur terbaik dalam beberapa bulan terakhir ini,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Shahrel Fikri Md Fauzi turut tersenarai sebagai calon peny3rang terbaik 2020.

Dalam pada itu, peny3rang Terengganu, Dominique da Silva, teruja dengan pencalonan kali pertama sepanjang kariernya.

Begitupun, dia mengakui persaingan agak sengit namun menganggap dirinya antara calon pilihan berdasarkan kemampuannya mencabar Kasut Emas selain penilaian sepanjang musim, bukan bersandarkan kedudukan akhir semata-mata.

“Saya sangat gembira. Bukan mudah untuk merebutnya memandangkan Kasut Emas menjadi milik Ifedayo.

sumber : SA

“Dia memiliki sedikit kelebihan berbanding kami. Yang terbaik pasti akan terpilih,” kata pemain berumur 31 tahun itu.