Bintang Bakal Bersinar – Cheng Hoe

Safawi Rasid mampu bersinar jika diturunkan bersama Portimomense SC suatu hari nanti memandangkan bintang Malaysia itu dikelilingi aura daripada pemain terbaik di kelab Portugal itu.

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, beliau yakin rezeki pemain berusia 23 tahun itu akan tiba tepat pada waktunya memandangkan dia perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu.

Saya harap semua peminat perlu bersabar. Safawi seorang pemain yang terbaik di Malaysia waktu ini dan kita semua memang teruja nak tengok dia beraksi.

Bagaimanapun bukan senang untuk mana-mana pemain dapat menyesuaikan diri dengan situasi tersebut dalam masa terdekat kerana berlainan budaya, pertandingan dan bahasa.

Jadi Safawi perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dalam situasi tersebut.

Saya rasa Safawi akan menyinar jika diturunkan suatu hari nanti kerana dia berada dalam kumpulan hebat dan dikelilingi pemain-pemain terbaik, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Kelmarin, peminat bola sepak Malaysia sekali lagi bertindak meny3rang Portimomense selepas tidak memberi peluang kepada Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia dua musim berturut-turut itu beraksi biarpun hanya men3ntang pasukan divisyen tiga, UD Leiria.

Mungkin ramai yang kec3wa sebab Safawi tidak dapat diturunkan bersama kelab, tetapi saya rasa semua jangan bimbang kerana dia sudah berada dalam kelab terbaik di liga Portugal dan kita tahu ia sebagai medan pendedahan terbaik untuknya.

sumber : UM

Dia berlatih dengan baik dan cukup dari segi fizikal dan m3ntal. Saya rasa Safawi mesti dapat peluang terbaik untuk beraksi nanti, tambah Cheng Hoe.