Bintang Muda JDT cipta Rekod

Pamain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan semalam apabila muncul sebagai pemain paling muda menjaringkan gol dalam saingan TM Piala Malaysia 2020.

Pada perlawanan tersebut, Arif Aiman  muncul wira pasukan, apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-19 selepas menolak masuk bola tampanan Diogo Luis Santo dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Iqbal Suhimi.

Tahun lepas, Mukhairi Ajmal merupakan pemain termuda jaringkan gol dalam Piala Malaysia ketika mewakili pasukan PKNP FC.

Lebih menarik, ini adalah kali pertama produk Akademi JDT itu disenaraikan dalam kesebelasan utama dan beliau telah mendapat pujian daripada penyokong JDT selepas menampilkan aksi yang mengujakan.

Sebelum ini, beliau pernah diturunkan dalam perlawanan CIMB Liga Super 2020 men3ntang Felda United pada bulan Mac lalu pada minit ke 85.

Jaringan tunggal Arif Aiman turut memastikan tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2020 menjadi milik JDT dan mereka bakal bertemu juara Piala 3 kali, Kuala Lumpur pada minggu hadapan.

Kuala Lumpur dapat bye ke suku akhir selepas Sabah tidak mengambil bahagian dalam kejohanan tertua Asia Tenggara itu musim ini.

sumber : vocketfc

Meskipun pengendali JDT, Benjamin Mora menurunkan barisan utama, namun Kuching FA yang menamatkan kempen Liga Premier di kedudukan keempat, tetap memberikan saingat s3ngit pada perlawanan semalam.