Bintang Perak meninggalkan pasukan secara berjemaah?

Berita pemain bintang Perak akan meninggalkan pasukan secara berjemaah musim depan meresahkan penyokong Bos Gaurus, terutama bila dua nama besar iaitu Shahrul Saad dan Shahrel Fikri Md. Fauzi turut disebut.

Begitupun, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) tenang de­ngan spekulasi yang mengaitkan semua tersebut, sambil menegaskan Bos Gaurus tidak akan memaksa mereka yang sudah tamat kontrak untuk kekal.

Selain Shahrul dan Shahrel, turut dikatakan bakal angkat kaki adalah penjahg gol berpengalaman, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy; Nazirul Naim Che Hashim dan Firdaus Saiyadi.

Timbalan Presiden Pafa yang juga pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata, beliau sudah berjumpa Shahrel bagi membincangkan mengenai masa depan penjaring 10 gol dalam Liga Super 2020 itu.

Kami sudah berbincang, kini terpulang kepada Shahrel membuat keputusan.Perak tidak akan menghalang jika dia ingin berpindah, ini era profesional, tiada halangan.

Tidak ada erti kita menahan sekiranya hatinya sudah tidak seronok tinggal di Perak, kata Adly ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Shahrel yang bakal tamat kontrak pada penghujung bulan ini, dikaitkan dengan perpindahan ke g3rgasi Lembah Klang, Selangor.

Bagi Adly, segala usaha telah dilakukan untuk mengekalkan Shahrel tetapi semua terpulang kepada pemain itu.

Turut dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan adalah pemain tengah kelahiran Teluk Intan, Ahmad Khairil Anuar Zamri (Selangor) dan pertahanan, Rafiuddin Roddin yang dikaitkan dengan Pulau Pinang.

Perak yang menamatkan Liga Super musim ini di tangga keempat selepas mengumpul 18 mata hasil lima kemena­ngan, tiga seri dan tiga kekalahan ­pas­ti mahu tampil dengan lebih garang pada musim hadapan.

sumber : UM

Bos Gaurus akan berusaha keras untuk mengekalkan ketua pasukan berpengaruh, Shahrul, J. Partiban, Firdaus Saiyadi dan beberapa pemain yang sudah dikenal pasti.