Budak dungun tersenarai lagi

BINTANG penyrang prolifik Johor Darul Tazim (JDT) Safawi Rasid terus menyinar apabila sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam senarai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi jaringan yang dilakukannya pada aksi Liga Juara Juara Asia (ACL).

Jika sebelum ini, pemain yang berasal dari Dungun, Terengganu itu, dinobatkan sebagai penjaring gol lenc0ngan terbaik dalam saingan ACL 2019, namun kali ini dia tercalon dalam senarai Gol Terbaik Sedekad ACL di mana jaringan itu dilakukan pada aksi peringkat kumpulan men3ntang Shandong Luneng, April tahun lalu.

Menurut AFC, jaringan yang dilakukan pemain kebangsaan itu sememangnya berkualiti dengan berada di kedudukan yang tepat untuk menyumb@t gol.

Gol yang sering diperkatakan dikalangan peminat bola sepak adalah jaringan daripada Safawi ketika men3ntang Shandong Luneng yang turut disenaraikan sebagai gol lenc0ngan terbaik ACL 2019.

“Salah seorang bintang muda Asia Tenggara yang sedang menyinar, penyrang itu menunjukkan kebolehannya melepasi Wu Xinghan untuk berada dalam kedudukan menjaringkan gol sebelum melepaskan remb@tan padu ke arah gaw@ng dan menghasilkan jaringan yang sememangnya berkualiti,” katanya.

AFC menyenaraikan 20 jaringan menerusi dua separuh akhir di mana lima jaringan terbaik yang dipilih akan layak ke final pada September ini.

Bagi saingan separuh akhir pertama, Safawi akan berent@p dengan sembilan lagi pemain iaitu Heverton (Seongnam Ilhwa Chunma); Wesley (Al Hilal); Andranik Teymourian (Esteghlal); Hiroyuki Abe (Gamba Osaka) dan Paulinho (Guangzhou Evergrande) Empat pemain lagi adalah Abdulmajeed Al Swat (Al Taawoun) ; Chanathip Songkrasin (Muangthong United); Ikromjom Alibaev (Lokomotiv) dan Shojae Khalilzadeh (Persepolis).

Penyokong boleh mengundi untuk memilih gol Safawi di pautan https://www.the-afc.com/competitions/afc-champions-league/latest/news/ac… dan undian akan berakhir pada 28 Ogos ini.

Setakat jam 2 petang tadi, Khalilzadeh mendahului undian dengan jur@ng yang besar apabila mendapat 61 peratus undian diikuti Teymourian (31 peratus) dan Safawi yang ketika ini menghimpun tujuh peratus membabitkan undian keseluruhan sebanyak 72,307 undian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *