Bukan Felda United, kewujudan Rakyat United cetus Misteri

Kewujudan Rakyat United terus mencetus misteri apabila Felda United menegaskan mereka tiada mengena dengan pasukan tersebut seperti digembar-gemburkan.

Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang dikatakan ‘orang kuat’ pasukan turut menafikan penglibatannya.

“Saya tak tau apa pun hal itu..no comment,” kata Annuar kepada Utusan Malaysia ketika ditanya mengenai Rakyat United yang tidak diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

The Fighters Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan Felda United mengesahkan mereka akan terus bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan dengan menggunakan nama baharu tetapi bukan Rakyat United.

“Semua yang diberitahu adalah daripada Rakyat United bukan kami.

“Tiada sebarang keputusan rasmi dan mungkin spekulasi sahaja,” kata wakil The Fighters Sdn. Bhd. yang juga bekas Setiausaha Agung Felda United, Azal Abu Othman.

sumber : UM

Bagaimanapun Azal mengakui, ada bertemu Annuar baru-baru ini dan Menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan minat bekerjasama atau menjadikan Putrajaya sebagai pangkalan pasukan.