Bukan Untuk dijual

PETALING JAYA: “Valencia bukan untuk dijual.”

Itu penegasan presiden kelab La Liga tersebut, Anil Murthy meskipun terdapat minat daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kata Anil, beliau telah berbincang dengan Peter selepas Tunku Ismail memuat naik kenyataan dalam Instagram Story miliknya kelmarin, dan jutawan dari Singapura itu tidak bercadang untuk melepaskan milikannya.

“Rakan sekerja saya telah memberitahu mengenai kenyataan TMJ dalam Instagram. Saya telah berbincang dengan Peter dan beliau tidak ada perancangan untuk menjual kelab ini,” kata Anil kepada  Football ESPANA.

Peter membeli Valencia dengan harga 420 juta euro (RM2.05 bilion) pada 2014 dan jumlah tersebut termasuk hutang yang ditanggung juara La Liga enam kali itu, 200 juta euro (RM976.92 juta).

Tunku Ismail dalam Instagramnya kelmarin berkongsi beberapa statistik mengenai Valencia seperti nilai semasa kelab, selain kejayaan yang pernah diraih oleh pasukan yang dimiliki jutawan Singapura, Peter Lim.

Kenyataan Tunku Ismail ‘saya mahu mengembangkan empayar, melebarkan sayap dan bersedia dengan cabaran baharu’ membuatkan peminat bola sepak tanah air tertanya-tanya apakah beliau berminat untuk membeli kelab yang kini menduduki tangga ke-14 dalam liga utama Sepanyol.

Apa yang diperlukan oleh Valencia? Kamu memerlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, dahagakan kejayaan, mempunyai keghairahan dan tahu apa yang diperlukan kelab besar seperti Valencia.

sumber : UM

“Pertama sekali, kita perlukan orang bola sepak dalam kelab. Nokhtah,” tulis Tunku Ismail.