Bukti rakaman video, dua pangadil berdepan tindakan FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjatuhkan ‘hukum@n’ ke atas dua pengadil selepas didapati melakukan kesilapan ketika mengadili aksi Liga Super membabitkan PJ City FC dan Melaka United FC (MUFC) serta Kelantan FC menentang Perak II FC sebelum ini.

Mohd Fairuzi Mat Desa digantung tugas serta merta selama dua minggu selepas didapati gagal mengesan tindakan pemain PJ City, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri melakukan simulasi atau ‘diving’ dalam kotak penalti MUFC sehingga memberikan sepakan penalti.

Beliau juga akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, Nagor Amir Noor Mohamed untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum kembali bertugas bermula dari liga divisyen bawah dan hanya akan dilantik semula sebagai pengadil perlawanan Liga Super selepas prestasinya dinilai berada pada tahap memuaskan.

FAM turut mengesahkan pengadil, Mohd Amirul Aizat Mohd Lodin didapati berada di kedudukan yang salah di dalam kotak penalti sehingga menyebabkan dia ditolak oleh peny3rang Kelantan FC, Jack Hindle ketika aksi berdepan Perak II.

“Biarpun secara keseluruhan prestasinya (Mohd Amirul) sepanjang perlawanan adalah memuaskan berdasarkan laporan daripada Penilai Pengadil, pengadil berkenaan akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil dan Pengadil Profesional FAM, Nagor Amir Noor Mohamed.

“Ia bagi mengikuti program penambahbaikan untuk memperbaiki keupayaan jangkaan permainan, posisi dan pergerakkan dalam permainan dan hanya akan diberi lantikan semula untuk mengadili perlawanan akan datang selepas selesai program penambahabaikan dan penilaian dibuat terhadapnya,” kata FAM dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi kenyataan sama, FAM mengesahkan akan merujuk kes tiga pemain termasuk Ahmad Khairil Anuar, Hindle dan pemain MUFC, Alex dos Santos Goncalves ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video yang diperoleh badan induk itu.

Kes Ahmad Khairil Anuar membabitkan tindakannya yang didakwa sengaja melakukan simulasi atau diving dalam kotak penalti MUFC bagi mendapatkan sepakan penalti, manakala Hindle pula didapati menolak Mohd Amirul secara agresif.

sumber : BH

Sementara itu, Goncalves pula didakwa sengaja membaling bola ke arah pengadil, Mohd Fairuzi selepas meraikan gol kedua MUFC pada penghujung perlawanan.