Cabaran Tan Cheng Hoe buat Safawi

Jika pemain Asia lain terutama Jepun dan Korea Selatan mampu mencipta nama di Eropah kenapa tidak Malaysia?

Persoalan itu mungkin akan terjawab sekiranya Safawi Rasid mampu menyerlah di kelab Portugal Portimonense SC walaupun hanya beraksi secara pinjaman untuk satu musim.

Cabaran itu disuarakan Tan Cheng Hoe kepada tonggak H@rimau Malaya berusia 23 tahun itu untuk membuktikan bahawa Malaysia juga memiliki pemain berbakat besar seperti negara-negara lain.

Tambahnya, perkara itu tidak mustahil buat Safawi untuk menyerlah di Eropah kerana jika melihat daripada pakej yang dimilikinya seperti kepantasan, fizikal, kemahiran boleh dikatakan tidak jauh beza dengan pemain-pemain di sana.

“Banyak faktor baharu dia perlu menyesuaikan diri di sana tetapi saya percaya Safawi mampu mengatasinya kerana dia seorang pemain yang berjiwa besar.

“Bukan saya mahu beri t3kanan tetapi lebih kepada satu cabaran untuknya. Kalau dia boleh mencipta nama dan menyerlah di sana, sudah pasti kelab-kelab Eropah akan mula membuka mata untuk melihat potensi yang dimiliki pemain Malaysia.

“Dengan ini akan lebih ramai pemain kita mampu mengikuti jejak langkah Safawi. Dalam masa sama ianya memberi satu perkembangan positif buat bola sepak negara kita,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

 

 

Safawi yang telah diperkenalkan secara rasmi oleh kelab tersebut Khamis lalu, turut diberikan nombor jersi 29 yang sama dipakainya ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan difahamkan menerima gaji sebanyak RM75,000 hingga RM120,000 bersama kelab Portugal itu.

Cabaran utama buat pemain berharga 350,000 Euro (RM1.7 juta) adalah perlu menyesuaikan diri secepat mungkin namun ianya bukan masalah baharu kerana ia juga sering dihadapi oleh segelintir pemain yang menyertai pasukan baharu.

Antara pemain yang pernah berdepan kegagalan contohnya di Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah Mohamed Salah yang gagal menyerlah di Chelsea namun berjaya membuktikan kemampuan sebenarnya selepas menyertai Liverpool.

Cheng Hoe bersetuju dengan perkara itu dan mengakui setiap pemain adalah berbeza, ada yang mampu menyesuaikan diri dengan cepat atau terpaksa mengambil masa lama untuk menyerlah.

“Susah untuk saya katakan sama ada Safawi boleh me-nyerlah lebih awal atau lambat kerana masalah ini turut dihadapi bintang dunia lain. Jadi ia sesuatu yang sukar dijangka kerana bergantung kepada pemain sendiri.

“Tetapi secara peribadi saya rasa dia hanya perlu masa tiga bulan atau lebih cepat daripada itu untuk menyesuaikan diri di sana, mungkin juga paling lambat enam bulan.

sumber : UM

“Di EPL sendiri ada beberapa pemain perlukan masa setahun hingga dua tahun untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan, cuaca, budaya dan banyak faktor lain lagi. Apa yang penting kemahuan diri dan saya lihat Safawi ada ciri-ciri untuk berjaya di Eropah,” jelasnya.