Cheng Hoe buka ruang pemain muda ganti Luqman

Pemain muda yang berpengkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsuddin, tiada dalam perancangan jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, menjelang kem latihan kebangsaan fasa pertama bulan depan.

Cheng Hoe masih memberi ruang kepada Luqman menyerap kelebihannya bersama KV Kotrijk sebelum menggunakan khidmat pemain itu dalam skuad kebangsaan.

Difahamkan, Luqman akan diberi peluang beraksi bersama pasukannya selepas pulih daripada kecederaan sebelum ini.

“Mereka telah beraksi dalam saingan kompetitif, secara fizikal dan intensiti dalam latihan sudah pasti akan menghadirkan impak ke dalam pasukan. Kami berharap pemain-pemain akan memiliki momentum yang terbaik untuk menghadapi perlawanan penting Mac ini,” kata Cheng Hoe.

Tanpa Luqman, Cheng Hoe bagaimanapun membuka ruang kepada beberapa pemain muda dari skuad B-19 negara selain beberapa nama daripada skuad Sukan SEA 2019.

Dalam masa sama, Cheng Hoe bertegas dengan kelebihan yang bakal ditagih daripada lima pemain negara yang beraksi dalam saingan liga luar walaupun, kecemerlangan mereka masih belum terbukti.

“Semestinya Luqman tidak akan bersama pasukan dan akan berbincang dengan Brad Maloney untuk mendapatkan pemain-pemain muda untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan.”

Cheng Hoe menganggap aksi kelayakan Piala Asia 2023-Piala Dunia 2022 secara berpusat akan memberi kelebihan buat pasukan yang menjadi tuan rumah namun situasi itu tidak dapat dielak.

sumber : SA

Bagaimanapun keputusan untuk saingan secara berpusat hanya akan diputuskan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Mac ini bergantung kepada situasi semasa pandemik Covid-19.