Ciapan Sumareh jadi tanda tanya

Selang beberapa minit selepas sidang media pasukan Pahang, Sumareh lantas memuat naik gambar dengan ciapan Ha ha ha, seriously?!.

Buat masa ini tiada siapa tahu kepada siapakah gambar meme berkanaan ditujukan namun kelihatannya ia terhasil tepat pada waktu kejadian.

Sumareh sebelum ini meninggalkan skuad Pahang dan menyertai Police Tero FC yang beraksi di Liga Thailand.

Pahang lantas membuat maklum balas dengan menyatakan Sumareh digantung selama 2 tahun dari sebarang aktiviti melibatkan Bola Sepak. Samada pergantvngan ini terpakai di Pahang sahaja atau seluruh dunia, ianya masih belum jelas.