Contohi JDT – Matyo

CONTOHI JDT BARULAH ADA SAINGAN – MATYO

“ Malaysia tolonglah, contohi kelab macam JDT. Aku tak perlu nak kipas sesiapa tetapi ini kenyataan semua perlu sedar dan terima hakikat. Kalau kelab di Malaysia contohi JDT barulah ada saingan. Bayangkan di Thailand semua macam JDT, semua sama dan setaraf. Pemikiran mereka juga jauh lebih baik. Memang ada kekurangan tetapi ambil yang kelebihan itu jadi panduan kita.

“ Padang, fasiliti, pengurusan terbaik dan penyokong amat terbaik. Saya kadang malu dengan mereka sebab terlalu supportive nak maki dalam stadium selepas perlawanan dan keluar stadium macam keluarga hormat satu sama lain. Aku kata contohi maksudnya ambil la mana yang mampu. Bukan aku cakap tiru sebijik. Senang cerita, jangan gaji sangkut, ada padang yang terbaik, fasiliti ini kemudahan yang baik dan boleh diguna pakai.