Dapat Kasut ‘EMAS’ bonus – Shahrel

Peny3rang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi menganggap dia akan mendapat ‘bonus’ sekiranya berjaya merangkul Anugerah Kasut Emas musim ini.

Namun, pemain berusia 25 tahun itu menegaskan betapa fokus utamanya ketika ini untuk membantu skuad Bos Gaurus layak beraksi ke Piala AFC 2021.

Shahrel ketika ini mengungguli carta penjaring terbanyak dengan sembilan gol selepas berjaya meledak empat gol ketika menentang Felda United, Jumaat lalu.

“Memang ini pencapaian membanggakan untuk saya. Kalau kita tengok, selalunya pemain import yang mendominasi penjaring terbanyak, tetapi sekarang saya berjaya buktikan pemain tempatan juga mampu untuk berada di tahap ini.

“Kalau boleh memang saya nak tambah lagi gol untuk dua lagi perl@wanan, tetapi apa saja boleh jadi dan saya tidak mahu tamak untuk mengejar gol sebaliknya misi utama adalah untuk pastikan Perak menang.

“Dengan sembilan gol sekarang, tidak jauh beza dengan penjaring lain seperti Tchetche Kipre (Kedah) dan pemain lain yang mengumpul tujuh dan enam gol. Mereka juga pasti akan turut sama melakukan yang terbaik untuk prestasi masing-masing.

“Apa-apa pun, slot ke Piala AFC tetap diutamakan dan mahu atau tidak, kami kena menang dalam baki dua perl@wanan ini,” katanya.

sumber : BH

Skuad kendalian Mehmet Durakovic menghuni tangga kedua liga dengan hanya berkelebihan satu mata di depan Kedah.