De Paula respons Kritikan

Makin tua makin menjadi, kata pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula, sebagai repons kepada krit!kan mengenai usianya untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan.

Striker berusia 34 tahun itu menambah bahawa dia bersedia mencurahkan segala-galanya buat skuad kebangsaan dan yakin mampu masih mampu memberikan sumbangan besar biarpun dalam usia yang kian lanjut.

Buktinya, pemain kelahiran Brazil itu menjaringkan dua gol ketika Perak mendahului Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super hujung minggu lalu sebelum skuad JDT itu bangkit mengikat kedudukan 2-2 pada penghujung permainan.

Saya boleh katakan makin tua makin menjadi,” katanya dalam sidang media skuad kebangsaan.

Usia bukanlah satu masalah, anda dapat melihatnya di Eropah, mereka masih boleh bermain pada usia 35 hingga 36 tahun.

“Benar saya perlu kekal cergas dan jika m3ntal saya cukup kuat, bagi saya ia bukanlah satu masalah.

sumber : SA

“Malaysia juga mempunyai pemain muda yang bagus, jadi ia bukanlah satu masalah mengenai usia saya,” katanya.