Destinasi masih dirahsiakan

Pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh mengesahkan akan kembali menabur bakti dengan kelab Malaysia musim ini tapi tidak mendedahkan destinasinya.

Pemain naturalisasi pertama negara itu mengucapkan terima kasih kepada Police Tero kerana memberi peluang buatnya sepanjang tiga bulan lalu, termasuk merawat kecederaannya.

“Mengimbas kembali karier saya tahun lalu, saya mengucapkan terima kasih kepada kelab kerana peranan yang luar biasa.

“Sukar untuk saya ungkapkan, satu pengalaman indah saya lalui bersama kelab ini biarpun singkat.

“Terima kasih kepada jurulatih, kelab, pelatih, juruterapi, pasukan teknikal dan semua orang yang telah membantu saya sepanjang berada di Police Tero.

“Cabaran tahun lalu telah mempersiapkan saya untuk harungi musim 2021 yang baru, dan saya bersedia secara fizikal dan mental.

“Saya telah memutuskan untuk kembali ke Malaysia dan saya yakin pengalaman bersama Police Tero akan memberi banyak manfaat. Terima kasih semua,” tulisnya menerusi media sosial semalam.

Selasa lalu, Utusan Malaysia melaporkan pemain berusia 26 tahun itu mungkin menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tiba di tanah air.

Sumber : UM

Ia berdasarkan bayangan yang diberikan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam program Bola@Mamak di sebuah stesen televisyen swasta beberapa minggu lalu.