Dijangka bergelar jutawan segera

PEMAIN kebangsaan, Mohamadou Sumareh dijangka bergelar jutawan segera seandainya tuntutan pamp@san baki kontrak lebih RM1 juta dibayar oleh bekas majikannya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Malah, kantung k0ceknya dijangka terus mengembung apabila dia mula menyertai kelab Thailand, Police Tero FC dengan nilai semasa tonggak naturalisasi Harim@u Malaya itu pada harga sekitar RM1.3 juta atau 275,000 euro ketika ini.

Berdasarkan harga pasaran yang dibuat di laman web www.transfermarkt.co.uk itu, kemungkinan Sumareh akan menerima antara RM80,000 hingga RM100,000 sebulan bersama kelab divisyen satu Thailand itu

Ini bermakna, secara purata pemain kelahiran Gambia itu mampu meraih hampir setengah juta sekiranya beraksi selama enam bulan sebelum kembali semula ke Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurut ejen tempatan yang mengusahakan I One Sports Agency Sdn Bhd, Syed Qamarul Firdaus, PBNP perlu membayar baki kontrak Sumareh yang dijadual tamat pada penghujung musim depan.

Dalam isu Sumareh ini, PBNP kena bayar pamp@san kontrak sebab dia (Sumareh) dah gunakan klausa 8.7 yang terkandung dalam kontraknya dengan Pahang.

“Lepas itu dia pula akan main di Thailand, jadi kat sini dapat (bayaran pamp@san kontrak dari Pahang), kat sana pun dapat (gaji dengan Police Tero FC),” katanya kepada Arena Metro.

Sumareh, 26, sebelum ini difahamkan sudah mengaktifkan klausa 8.7 yang menyaksikan kontraknya bersama skuad Tok G@jah terbatal selepas majikannya itu didakwa g@gal membayar gaji mengikut perjanjian.

Dalam klausa itu, mana-mana pemain yang tidak dibayar gaji selama sebulan atau lebih boleh memohon untuk menamatkan kontrak lebih awal dan dibenarkan untuk berunding dengan pasukan lain.

Bagaimanapun, oleh kerana jendela perpindahan pemain Liga-M sudah ditutup, maka pilihan terbaik buat Sumareh adalah dengan beraksi di Liga Thailand.

Begitupun, difahamkan PBNP tidak akan berdiam diri apabila mahu perkara terbabit diadili sebaik mungkin dengan melantik peguam bagi mengambil tindakan und@ng-und@ng kepada Sumareh.

Sementara itu, Syed Qamarul mengakui Sumareh turut berdepan masalah besar sekiranya PBNP berjaya menghal@ng klausa 8.7 itu dengan membayar penuh tunggakan gaji yang sangkut sejak beberapa bulan lalu.

sumber : HM

“Sebenarnya bah@ya juga Sumareh ini. Kalau PBNP boleh bayar semua tunggakan gaji dia, maknanya dia tak boleh tingg@lkan Pahang dan klausa 8.7 itu tak boleh digunakan. Ini ris!ko yang mungkin dia kena hadap,” katanya.