Dilamar Kelab di Indonesia, Dooley bakal tinggalkan Sri Pahang?

Thomas Dooley menafikan dia akan meninggalkan Sri Pahang dalam masa terdekat biarpun mengakui tidak dilayan secara adil oleh Tok G@jah apabila direhatkan hanya selepas dua perlawanan.

Dengan situasi tidak menentu di Pahang, difahamkan Dooley telah dilamar sebuah kelab di Indonesia dan akan meninggalkan Tok G@jah minggu depan.

Ketika ini perbincangan ­mengenai penamatan kontrak­ sebagai penasihat Sri Pahang bersama pembantunya, Christophe Gamel sedang berjalan.

Pengendali kelahiran Jerman itu bagaimanapun tidak menolak untuk berkerjasama dengan pasukan lain jika menerima tawaran baik, namun perlu berunding dengan Pahang ke­rana masih mempunyai kontrak.

Dooley, 59, berkata, sukar untuknya membawa impak dalam tempoh singkat, apatah lagi hampir separuh pemain Tok G@jah tidak mempunyai pe­ngalaman beraksi dalam Liga Super.

“Tidak (pergi dalam masa terdekat), tapi jika saya mendapat tawaran lain saya akan pergi kerana mahu bekerja de­ngan pasukan dan ingin kejayaan.

“Bagaimana ia boleh dikatakan peluang yang adil? Tidak ada pil (makanan tambahan) yang bila anda telan tiba-tiba pemain memahami bagaimana untuk bermain bola sepak.

“Cuba kenal pasti berapa ramai pemain (Pahang) yang ada pengalaman di Liga Super.

“Dalam Formula Satu (F1) kena tukar tayar untuk menang, sama seperti pasukan jika pemain gagal memahami apa yang ajar, jangan harap terus menang,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Antara pemain Pahang yang berpengalaman ber­aksi di Liga Super adalah Azam Azih, Helmi Eliza, Lee Tuck, Herold Goulon, Pendro Oliveira, Shahrul Aizad, Abdul Malik Mat Ariff, Muslim Ahmad,

Zarif Irfan, Fazly Maz­lan, Hazri Rozali, Zuhair Aizat Nazri dan Hafiz Ramdan.

sumber : UM

Separuh lagi terdiri daripada pemain muda yang dinaikkan dalam skuad utama, selain dua import baharu, Yevhen Bokhashvili dan Mamadou Wague.