Dipaksa bermandi peluh, Ubi muda JDT Jadi penyelamat

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir selepas menang tipis 1-0 mengatasi pendatang baharu kancah Piala Malaysia, Kuching FA pada aksi pusingan 16 kalah mat! di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Jaringan tunggal pemain muda, Arif Aiman Mohd Hanafi menjadi penyelamat skuad H@rimau Selatan untuk mara ke saingan suku akhir dan akan berdepan Kuala Lumpur di laman sendiri pada 12 November ini.

Apapun, bibit-bibit memburu kemenangan JDT bermula seawal minit ketiga selepas mengundang cemas benteng pelawat apabila sepakan lintang Arif Aiman tepat ke kaki Gonzalo Cabrera namun bola rembatan pemain dari Argentina itu melewati palang.

Skuad H@rimau Selatan yang menguasai perlawana sejak minit pertama akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-19 hasil bola umpanan Natxo Insa yang menyaksikan Diogo Luis Santo sempat mendada bola memberi peluang Arif Aiman yang tidak dikawal merembat bola leret men3waskan penjaga gol, Mohd Iqbal Mohd Suhimi.

Arif Aiman hampir mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-35 selepas bertindak berani menyusup masuk ke dalam kotak penalti pelawat namun bola rembatan leret itu tidak mampu men3waskan Mohd Iqbal yang sudah bersedia menangkap bola.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan untuk memburu gol kedua namun benteng pelawat tampak kental apabila bertindak menghalang gerakan berbahaya menerusi gandingan Cabrera dan Luis Santo.

Agak malang apabila Luis Santo gagal menambah jaringan pada mini ke-53 selepas bola sepakan leret hasil umpanan Cabrera sempat ditangkap kemas Mohd Iqbal bagi memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Walaupun sering diasak, anak didik Akira Higashiyama tampak berusaha menggempur benteng tuan rumah dalam usaha memburu gol penyamaan tapi gagal untuk melepasi gandingan Mauricio Dos Santos dan kapten Aidil Zafuan Abd Radzak.

sumber : BH

Malah bola tandukan pemain gantian, Raamdhan Saifullah Usman tatkala aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan sekadar sipi dari gawang gol dan kedudukan 1-0 memihak JDT kekal hingga perlawanan berakhir.