DNA Jerman rebah buat kali ketiga

Misi Selangor untuk mencabar kelompok empat terbaik Liga Super menerima tamparan apabila mensia-siakan kelebihan mendahului 1-0 sebelum tumbang 1-2 kepada Kedah dalam aksi Liga Super di malam sendiri malam ini.

Mendahului 1-0 menerusi Oliver Buff pada minit ke-33 dan menguasai sebahagian besar permainan di Stadiuim Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Red Giants bagaimanapun membenarkan Kedah bangkit pada 11 minit terakhir permainan untuk mengalami kekalahan ketiga musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Lang Merah terus memberi tekanan kepada pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan hanya ketinggalan satu mata, manakala Selangor jatuh ke tangga ketujuh liga.

Beraksi buat pertama kali di hadapan lebih 2,000 penyokong selepas setahun, Red Giants nyata cukup bersemangat apabila menguasai perlawanan pada 20 minit pertama.

Tuan rumah berpeluang membuka tirai jaringan pada minit kesembilan namun rembatan peny3rang Selangor, Danial Asri sekadar singgah di palang gol yang dikawal penjaga gol, Shahril Saari.

Giliran Buff pula mencuba Shahril pada minit ke-13, namun sekali lagi penjaga gol berusia 31 tahun itu berjaya menepis rembatan tersebut.

S3rangan demi s3rangan yang dilakukan skuad kendalian Karsten Neitzel akhirnya membuahkan hasil, menerusi jaringan pemain tengah, Buff pada minit ke-32.

Tersentak dengan jaringan itu, Kedah kembali mengatur gerakan dan hampir memperolehi gol penyamaan menerusi Kpah Sherman namun rembatannya sekadar melewati palang gol tuan rumah.

Bersambung babak kedua, Selangor terus meningkatkan intensiti permainan namun 20 minit terakhir Red Giants seperti sudah kepenatan sehingga terpaksa menurunkan tempo meny3rang sekali gus dimanfaatkan Kedah.

Keputusan Aidil Shahrin Sahak memasukkan empat pemain gantian iaitu Fayadh Zulkifli, Ariff Farhan, Azamuddin Akil dan Fadzrul Danel Nizam nyata membuahkan hasil apabila berjaya memperolehi dua gol.

Tindakan Tim Heubach menjatuhkan Sherman menyaksikan Lang Merah dihadiahkan sepakan penalti dan peluang berkenaan tidak dipersia-siakan peny3rang dari Liberia itu pada minit ke-78.

Sumber : UM

Gol itu seolah menyuntik semangat Kedah untuk mencari gol kemenangan dan usaha tersebut membuahkan hasil pada minit ke-85 menerusi gerakan menarik yang dimulakan Azamuddin, sebelum disudahkan menerusi rembatan Kipre Tchetche untuk gol kedua pelawat.