Dollah akui ketiadaan mereka amat dirasai

Skuad Pahang berdepan masalah kecederaan dan penggantungan apabila empat pemain utama skuad itu tidak dapat beraksi berdepan Terengganu FC (TFC), Ahad ini.

Empat pemain berkenaan ialah Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan R Dinesh yang mengalami kecederaan manakala Ivan Carlos pula digantung perl@wanan.

Pengendali Tok G@jah, Dollah Salleh berkata, ketiadaan empat pemain itu memaksanya melakukan perubahan percaturan pada perl@wanan terakhir saingan Liga Super itu.

“Saya akui ketiadaan mereka amat dirasai ketika pasukan mahu menyenaraikan kesebelasan utama sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.

“Seperti Goulon, dia mengalami kecederaan pada sesi latihan semalam dan dijangka tidak sempat pulih manakala Nwakaeme dan Dinesh mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Perak.

“Tapi, saya percaya barisan pemain lain dapat menggantikan kekosongan itu terutama melakar kemenangan ke atas TFC,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Sehubungan itu, Dollah mengharapkan barisan pemain muda yang semakin menunjukkan peningkatan daripada segi prestasi dan keyakinan dapat bermain dengan lebih baik.

Katanya, mereka sudah membuktikan dalam beberapa perl@wanan sebelum ini dan persembahan menyakinkan itu perlu dikekalkan untuk membantu memperkasakan Pahang.

Sumber : HM

“Pada perl@wanan terakhir Liga Super ini, saya harap misi mengutip tiga mata tercapai biarpun berdepan tentangan sengit pemain tuan rumah,” katanya.