Dua kali hadiah Penalti

Episod m@lang dua kali berturut-turut ‘menghadiahkan’ sepakan penalti kepada lawan selepas bola terkena tangan ketika aksi Liga Super bertemu Melaka United FC (MUFC) dan Sabah FC mahu segera dilupakan pertahanan tengah Terengganu FC (TFC), Shahrul Nizam Ros Hasni (Nijey).

Sebaliknya pemain muda meningkat naik kelahiran Kelantan berusia 23 tahun itu tekad membalas kepercayaan jurulatih jika diturunkan bertemu PJ City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Malah tahap keyakinan bekas tonggak skuad Bawah 23 kebangsaan itu yang baharu musim pertama menyarung jersi TFC juga kian meningkat selepas mengharungi lima perlawanan liga setakat ini.

Insya-Allah jika masih diberi peluang oleh jurulatih, saya akan berikan aksi terbaik menentang PJ City FC malam esok ditambah pula tahap keyakinan kian meningkat selepas mengharungi lima perlawanan liga setakat ini.

“Mimpi ng3ri bola terkena tangan juga mahu segera dilupakan biarpun tidak menyangka dua kali berturut-turut saya mengalami situasi sama ketika perlawanan. Tapi apa boleh buat, bola terkena tangan itu secara tidak sengaja walaupun saya cuba mengelak, apapun saya perlu jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran berguna dan perlu belajar lagi bagi mengelak perkara sama terjadi, lagipun saya masih muda,” katanya kepada Sukan NSTP hari ini.

Sementara itu, kem TFC turut dikejutkan dengan takdir menimpa penjaga gol utamanya, Muhammad Rahadiazli Rahalim yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas mengalami kec3deraan (ACL).

Perkhabaran dvka itu dikongsi menerusi laman sosial TFC hari ini yang sekali gus menyaksikan pemain itu juga dijangka bakal terlepas aksi pertamanya menyarung jersi skuad Malaysia.

Sebelum ini dua ‘arkitek’ skuad Penyu itu iaitu kapten Namibia, Petrus Shitembi dan pemain tempatan meningkat naik, Azalinullah Alias juga terpaksa melupakan saingan musim ini selepas masing-masing mengalami kec3deraan ACL.

Menerusi laman sosial TFC hari ini, Rahadiazli yang beraksi cemerlang dalam lima perlawanan Liga Super sebelum ini mengalami kec3deraan lutut ketika menjalani sesi latihan bersama pasukannya pada Rabu lalu.