Dua kali jersi dicekak pemain law@n

Dua perlawanan, dua kali jersi dicekak pemain lawan.

Itulah nasib yang diterima pemain berbadan kecil, Faisal Halim selepas berdepan situasi terbabit dalam dua perlawanan berturut-turut iaitu ketika men3ntang Kedah Darul Aman (KDA) FC dan KL City FC.

Insid3n pertama berlaku ketika pemain Terengganu FC (TFC) itu melakukan terjahan ke atas pemain KDA FC, Azamuddin Akil pada pertembungan dua pasukan itu, minggu lalu.

Terjahan itu jelas mengundang kemarahan Azamuddin sehingga dia mencekak jersi pemain berusia 23 tahun berkenaan.

Kejadian sama sekali lagi terjadi kepada Faisal ketika men3ntang KL City FC di Gong Badak semalam.

Berpunca daripada situasi merebut bola, Faisal tampak ‘bergasak’ dengan Hadin Azman sehingga pemain KL City FC itu tiba-tiba mencekak jersi Faisal.

sumber : BH

Insid3n menjadi sedikit panas sehingga kedua-dua pemain terpaksa dileraikan sebelum mereka dilayangkan kad kuning.